Friday 14 December 2012

Alhamdulillah sesi temuduga kemasukan pelajar baru bagi semester Januari 2013 telahpun berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan hari temuduga ini.
Keputusan temuduga telah dihantar kepada calon-calon yang terlibat. Tahniah kepada yang berjaya.

Monday 26 November 2012

Institut Tahfiz Saba Temerloh mempelawa pelajar perempuan yang berminat menghafaz Al-Quran dan mendalami ilmu Bahasa Arab, Qiraat dan Fardhu Ain mengikuti pengajian di madrasah ini bermula sesi Januari 2013.

Syarat-syarat umum pengambilan pelajar:
1- Perempuan sahaja.
2- Berusia antara 13-20 tahun.
3- Mempunyai minat yang mendalam untuk menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
4- Mempunyai asas dalam bidang hafazan dan bahasa Arab adalah satu kelebihan.
5- Boleh membaca Al-Quran dengan baik.

Kelebihan berada di ITS:-
1- Bagi pelajar yang masih lemah bacaan Al-Quran, kelas intensif disediakan sebelum mula menghafaz.
2- Berpeluang belajar di institusi pengajian swasta yang menggunakan silibus pra-diploma Darul Quran JAKIM.
3- Yuran pengajian yang rendah serta penginapan percuma.
4- Kitab-kitab pelajaran dan Al-Quran diberikan secara percuma kepada setiap pelajar.
5- Berpeluang melanjutkan sarjana muda di Maahad Fatayat Mansoura, Mesir dalam bidang tahfiz dan qiraat.

Kepada yang berminat boleh hadir temuduga yang akan diadakan pada 05/12/12 (Rabu) di ITS Temerloh, atau menghubungi pejabat ITS ditalian 09-2969116 untuk pertanyaan dan pengesahan kehadiran temuduga.


Thursday 26 January 2012

Kemasukan Sepanjang Tahun

Institut Tahfiz SABA (ITS) menerima kemasukan pelajar baru sepanjang tahun. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi pejabat ITS di talian 09 - 296 9116 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

Saturday 11 June 2011

Kemasukan Semester Jun 2011

Institut Tahfiz SABA membuka pendaftaran bagi kemasukan sesi Jun 2011
 
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi pejabat sekolah di talian 09 - 296 9116
atau email itstemerloh@gmail.com


Friday 22 April 2011

SEJARAH DAN PENGENALAN ITS

Falsafah ITS
“Melahirkan Huffaz Al-Quran dan Al-Qiraat berwibawa."


Matlamat ITS
Melahirkan generasi hufaz Al-Quran.
Memikul tanggungjawab memelihara kesinambungan generasi hufaz.
Melahirkan hufaz Al-Quran yang mahir menguasai Bahasa Arab.
Mengintegrasi pendidikan Al-Quran dan Sunnah Rasulallah s.a.w. dikalangan pelajar.
Melahirkan hufaz yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa.
Mengikut bimbingan Al-Quran dan As-Sunnah.


Objektif ITS
Menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah.
Melahirkan hafiz/hafizah yang mahir dan mengetahui Al-Quran dalam bidang yang berkaitan.
Memelihara kesucian dan kesahihan Al-Quran daripada segala usaha penentangannya.
Menanamkan roh tarbiyah Islamiah menerusi manhaj Al-Quran.
Menyediakan sumber tenaga bagi institusi-institusi yang berkaitan.


Sejarah Penubuhan Institut Tahfiz SABA
Penubuhan institut ini adalah cetusan hati seorang hamba Allah yang ingin melihat ramai pelajar Islam belajar dalam bidang Al-Quran dan Al-Qiraat. Hasratnya ialah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tiada peluang memasuki pusat-pusat pengajian kerajaan di dalam bidang tersebut di dalam negara. Lalu beliau membuat khairat dengan mendirikan sebuah institusi pengajian di atas sebidang tanah miliknya di Kerling, Selangor setelah mendapat khidmat nasihat dari pelbagai pihak. Satu jawatankuasa pengurusan institut telah ditubuhkan untuk menyelaraskan kerja-kerja tersebut.

Berkat kegigihan dan usaha yang kuat, maka tertubuhlah institut pengajian tahfiz dengan nama Institut Tahfiz SABA. Penubuhan ini telah didaftarkan dan mendapat kelulusan dari Bahagian Pendidikan dan Pelajaran Agama (Swasta), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 17 Oktober 1996 dengan nombor pendaftaran 2S (217/1096).

Walaupun institut ini sebuah institut pengajian agama swasta, namun program pengajian dan kurikulumnya adalah berdasarkan kepada sukatan akademik yang dianjurkan oleh kerajaan. Menyedari hakikat pentingnya perkara ini, pihak pengelola dan pengurusan akademik institut telah menyelaraskan program pengajian dan kurikulumnya mengikut sukatan pelajaran yang digunapakai oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.



Kini ITS mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan menubuhkan cawangan banat (perempuan) di Temerloh, Pahang. Menggunakan bangunan sedia ada yang diwakafkan, ITS Temerloh telah memulakan operasi di Kampung Buntut Pulau pada awal Februari 2011. 


Thursday 21 April 2011

PENDAFTARAN DIBUKA



INSTITUT TAHFIZ SABA MEMPELAWA PELAJAR PEREMPUAN YANG BERMINAT MENGHAFAZ AL-QURAN DAN MEMPELAJARI ILMU QIRAAT UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARI WARGA INSTITUT INI.


MATLAMAT INSTITUT
·         Melahirkan generasi huffaz Al – Quran.
·         Memikul tanggungjawab memelihara kesinambungan generasi huffaz.
·         Melahirkan huffaz Al – Quran yang mahir menguasai Bahasa Arab.
·         Mengintegrasi pendidikan Al – Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dikalangan pelajar.
·         Melahirkan huffaz yang berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa melalui bimbingan Al – Quran & As – Sunnah.


SUKATAN PELAJARAN
·         Bacaan Al – Quran
·         Hafazan Al – Quran
·         Pengajian Al – Quran
·         Qiraat ‘Asyaroh (Sepuluh)
·         Pengajian Islam
·         Bahasa Arab
·         Bahasa Inggeris
·         Bahasa Melayu


TAMAT PENGAJIAN
Berpeluang melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana pertama di Maahad Qiraat Al – Azhar, Mansurah, Mesir.


SYARAT KELAYAKAN MASUK
1.       Berumur 13 tahun ke atas.
2.       Warganegara Malaysia.
3.       Perempuan.
4.       Berminat untuk menghafaz Al – Quran (bukan paksaan daripada ibu bapa).


TEMPOH PENGAJIAN
4 tahun @ 8 semester


YURAN
Pengajian & penginapan disediakan secara PERCUMA. Pelajar hanya membayar yuran makan sebanyak RM150.00 sebulan, selain yuran pendaftaran berjumlah RM350.00


MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :

Pejabat  ITS Temerloh : 09 – 296 9116

Beralamat :
Institut Tahfiz SABA
Lot 1521 Jalan Kebun Pertanian
Kampung Buntut Pulau, Jalan Triang
28000 Temerloh, Pahang.

Wednesday 9 March 2011

GAMBAR ITS

Pintu Pagar


Institut Tahfiz SABA


PintuUtama


Tandas Awam & Tempat Wudhuk


 Kelas Tasmi'


Kelas Maddah


Asrama Pelajar