Friday 14 December 2012

Alhamdulillah sesi temuduga kemasukan pelajar baru bagi semester Januari 2013 telahpun berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan hari temuduga ini.
Keputusan temuduga telah dihantar kepada calon-calon yang terlibat. Tahniah kepada yang berjaya.

Monday 26 November 2012

Institut Tahfiz Saba Temerloh mempelawa pelajar perempuan yang berminat menghafaz Al-Quran dan mendalami ilmu Bahasa Arab, Qiraat dan Fardhu Ain mengikuti pengajian di madrasah ini bermula sesi Januari 2013.

Syarat-syarat umum pengambilan pelajar:
1- Perempuan sahaja.
2- Berusia antara 13-20 tahun.
3- Mempunyai minat yang mendalam untuk menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
4- Mempunyai asas dalam bidang hafazan dan bahasa Arab adalah satu kelebihan.
5- Boleh membaca Al-Quran dengan baik.

Kelebihan berada di ITS:-
1- Bagi pelajar yang masih lemah bacaan Al-Quran, kelas intensif disediakan sebelum mula menghafaz.
2- Berpeluang belajar di institusi pengajian swasta yang menggunakan silibus pra-diploma Darul Quran JAKIM.
3- Yuran pengajian yang rendah serta penginapan percuma.
4- Kitab-kitab pelajaran dan Al-Quran diberikan secara percuma kepada setiap pelajar.
5- Berpeluang melanjutkan sarjana muda di Maahad Fatayat Mansoura, Mesir dalam bidang tahfiz dan qiraat.

Kepada yang berminat boleh hadir temuduga yang akan diadakan pada 05/12/12 (Rabu) di ITS Temerloh, atau menghubungi pejabat ITS ditalian 09-2969116 untuk pertanyaan dan pengesahan kehadiran temuduga.


Thursday 26 January 2012

Kemasukan Sepanjang Tahun

Institut Tahfiz SABA (ITS) menerima kemasukan pelajar baru sepanjang tahun. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi pejabat ITS di talian 09 - 296 9116 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.